fbpx

Isteri dibelasah suami kerana tolak hubungan intim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mangsa yang menangis manakala dahinya mempunyai kesan luka akibat dipukul. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang wanita di Jeneponto, wilayah Sulawesi Selatan mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya gara-gara menolak permintaan untuk melakukan hubungan intim, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman video yang tersebar luar di aplikasi WhatsApp, mangsa dilihat sedang duduk di atas katil sambil menangis. 

Wanita itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk dada, leher, paha, dan bahu. 

Lebih mengejutkan apabila dia dipukul sehingga dahinya berdarah. 

Menurut mangsa, dia menolak untuk ‘bersama’ dengan suaminya kerana keletihan dan mengantuk. 

“Saya tidak pernah menolak (melakukan hubungan intim) tetapi hanya berkata pagi nanti kerana penat,” katanya. 

Siasatan sedang dijalankan bagi kes tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI