fbpx

Insiden Perahu Tambang: Mayat Helena dijumpai terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR mengangkat mayat mangsa yang dijumpai sebentar tadi.

 

LUNDU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan seorang lagi mangsa perahu karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit sebentar tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa kedua itu dikenali sebagai Helena Fasha Petrus, 17, dan kini hanya tinggal seorang lagi mangsa belum dijumpai iaitu Alsma Jithil berusaia 14 tahun.

“Mayat mangsa dijumpai terapung oleh orang awam pada pukul 5.30 petang di seberang hilir sungai pada jarak kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB),” katanya.

Pada pukul 11.58 pagi tadi, mayat mangsa pertama dikenali sebagai Vilkie Wilson, 15, ditemukan terapung oleh penduduk kampung pada jarak 10 meter berhadapan dengan PKB.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi semalam, ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang selepas perahu yang mereka naiki bersama 15 lagi pelajar untuk pergi sekolah di SMK Senibong karam di Sungai Kayan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI