fbpx

Harga runcit diesel turun 2 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 2 sen seliter kepada RM3.23 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, pelarasan harga itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak bagi tempoh 22 Ogos hingga 28 Ogos depan.

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan menyokong kestabilan harga.

“Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh tersebut ditetapkan pada kadar berikut.

“Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter, RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya hari ini.

MOF berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI