fbpx

Gagal seludup sosej, ham dari Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maqis memeriksa kotak-kotak berisi pelbagai makanan berasakan haiwan yang ditahan di Pelabuhan Barat.

KLANG – Cubaan menyeludup masuk pelbagai makanan berasaskan haiwan dari Korea gagal selepas ditahan di Pelabuhan Barat, baru-baru ini.

Rampasan bernilai RM10,125.17 itu dibuat menerusi sebuah kontena kira-kira pukul 10.30 pagi, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, semua dagangan tersebut cuba dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan tanpa memiliki permit import yang sah.

Katanya, semakan awal mendapati kontena tersebut telah berlabuh di pelabuhan tersebut sejak 11 Jun lalu.

“Hasil pemeriksaan menemukan pelbagai makanan berasakan haiwan seperti sosej, ham, seaweed, aiskrim dan ikan bilis beku dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Rampasan dianggarkan RM10,125.17 dengan semakan ini merupakan kes pertama dilakukan syarikat tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau menjelaskan kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluas di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI