fbpx

EPL: Pemain perlu tolak tawaran Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA berdepan lambakan pemain yang dianggap salah satu punca prestasi pasukan itu berdepan masalah. - AFP

LONDON – Legenda Liverpool, Jamie Carragher menggesa pemain-pemain yang berada dalam radar Chelsea supaya menolak tawaran yang bakal diberikan pasukan itu pada masa hadapan.

Pada jendela perpindahan musim panas kali ini, The Blues sudah membawa masuk sembilan pemain senior dan jumlah itu dijangka bertambah sebaik sahaja mereka melengkapkan perpindahan bintang Atletico Madrid, Joao Felix.

Carragher menggesa mana-mana pemain supaya membuat pertimbangan sebaiknya jika menerima tawaran daripada Chelsea kerana bimbang karier mereka berdepan kemungkinan tidak berkembang dengan baik.

“Chelsea sepatutnya perlu berhenti daripada membeli pemain baharu dan pemain-pemain juga jangan menyertai mereka lagi. Sekiranya saya seorang pemain, saya akan tengok apakah projek sebenar mereka.

“Bagi saya, antara sebab pemain-pemain ini menyertai Chelsea adalah kerana ejen mungkin memberitahu mereka ditawarkan kontrak jangka panjang dengan gaji lumayan. Mereka mendapat jaminan gaji selama tujuh tahun.

“Kontrak empat tahun bersama kelab yang betul lebih baik kerana ia mampu memberikan cabaran kepada pemain untuk memberikan aksi terbaik. Apabila ia bakal berakhir, akan ada rundingan baharu dan gaji anda akan meningkat. Saya tidak faham mengapa perlu kontrak selama tujuh tahun,” katanya.

Tambahnya, jumlah pemain yang dimiliki Chelsea ketika ini juga dianggap tidak masuk akal kerana ia terlalu ramai jika dibandingkan ketika kariernya selaku pemain.

“Pasukan yang hebat memerlukan persaingan, tetapi sesebuah pasukan memerlukan tujuh atau lapan pemain yang kekal diturunkan setiap minggu, enam atau tujuh lagi bersaing mendapatkan tempat dan bakinya adalah pemain yang sedar bahawa mereka layak berada bersama pasukan,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI