PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah dilihat berlaku di kebanyakan kawasan sekitar Semenanjung susulan tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9.40 pagi, hari ini.
Bagaimanapun, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang hanya tertumpu di negeri Johor melibatkan daerah Mersing.
“Bagi negeri Sarawak pula, cuaca buruk pada pagi ini dijangka melanda kawasan Kuching, Serian dan Samarahan serta beberapa bahagian di Sabah seperti Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).
“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE