fbpx

‘Ayu tengah pantang’ – Pembantu rumah adik Che Ta larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu rumah Ayu Raudhah melarikan diri secara tiba-tiba di kediamannya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengesan dua pembantu rumah yang dinyatakan hilang hari ini.

Dalam masa sama Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta itu turut memuat naik gambar dua wanita dalam Instagram termasuk di ruangan Instagram Story.

“Kalau ada ternampak pembantu rumah ini tolong mesej (DM) kami. Mereka ini sudah lari,” katanya.

Pelakon yang juga isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut menyertakan  nombor telefon iaitu 012 6224142 untuk dihubungi.

Kata pelakon filem Adik Manja Returns itu, dua wanita itu merupakan pembantu rumah adiknya yang juga pelakon Ayu Raudhah.

“Pembantu rumah yang lari itu bukan pembantu rumah saya, tetapi Ayu.

“Ayu sekarang ini berpantang di rumah saya, Zaquan (suami Ayu) dengan semua anak-anak ada di Seremban.

“Kedua-dua pembantu rumah itu lari pada petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Perkongsiannya itu lantas menarik banyak perhatian termasuk golongan selebriti seperti Sharifah Shahirah, Zarina Zainuddin, Azharina dan bekas pesonaliti televisyen Puan Seri Normala Samsudin.

“Pergi buat laporan polis, saya banyak kali kena pembantu rumah lari dengan membawa barang kemas.

“Kena buat laporan polis dan laporkan kepada imegresen,” nasihat Azharina.

Pada awal Ogos lalu Ayu Raudhah dan suami bekas pemain bola sepak Zaquan Adha selamat menimang cahaya mata ketujuh.

Difahamkan Ayu kini sedang menjalani proses berpantang di kediaman kakaknya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI