fbpx

‘Assalamualaikum’ – Ira Kazar tenang bagi salam di IG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ira Kazar masih membisu berhubung perceraian yang difailkan suaminya, Syamsul Yusof Isnin lepas.

PETALING JAYA – “Assalamualaikum.”

Itu ungkapan ringkas yang dimuat naik isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dalam satu hantaran InstaStory hari ini.

Sejak tular berita Syamsul memfailkan perceraian terhadapnya pada 19 Ogos lalu, Ira dilihat lebih kerap berkongsi swafoto dan aktiviti hariannya dalam Instagram.

Dia bagaimanapun sehingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan Syamsul memfailkan cerai pada Isnin lalu.

Hari ini, selain memuat swafoto, dia turut berkongsi gambar makanan iaitu laksa dan mi kari.

Sementara dalam TikTok, setiap foto yang dikongsi Ira pasti tular dan meraih perhatian ramai selain terus mendapat kata-kata semangat daripada netizen.

“Jangan tangisi sebab ini perancangan Allah SWT. Kamu akan kecapi kebahagiaan akan datang.

“Ira sangat cantik, semoga dapat jodoh yang lebih baik,” kata netizen.

Isnin lalu peguam Syarie mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan pengarah filem Munafik itu memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Terdahulu, berita permohonan cerai dibuat Syamsul terhadap Ira belum pun setahun berkahwin mengejutkan ramai walaupun akhir tahun lalu spekulasi perpisahan mereka sudah mula tersebar.

Tiada persefahaman menjadi alasan sutradara berusia 40 tahun itu untuk memilih perceraian, berita tersebut disambut dengan tanda tanya termasuk bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam.

Pasangan terbabit bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu yang kemudian disahkan Syamsul sendiri menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram.

Rentetan itu, Puteri Sarah Liyana yang juga isteri Syamsul ketika itu nekad memfailkan perceraian sebelum mereka berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI