fbpx

Ashrag Gomma dilantik Ketua Pegawai Syariah, Kemampanan MBSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashraf Gomma Ali

PETALING JAYA- MBSB telah melantik Ashraf Gomma Ali sebagai Ketua Pegawai Syariah dan Kemampanan Kumpulan berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Pelantikan Ashraf yang memiliki pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam kerjayanya sebagai penyelia,  penasihat dan juga dalam bidang pengurusan syariah  merentasi Amerika Utara, Timur Tengah, dan Asia Tenggara bakal membawa Kumpulan untuk memimpin ke arah mengintegrasikan prinsipal syariah dengan kelestarian sekali gus meletakkan bank di dalam kedudukan yang baik dalam industri ini.

Sebagai Ketua Syariah MBSB yang baharu, Ashraf Gomma Ali berkata, beliau percaya bahawa prinsip syariah menawarkan rangka kerja yang berkuasa untuk mencipta produk kewangan yang bukan sahaja patuh syariah tetapi memberi impak, memacu hasil sosial dan alam sekitar yang positif.

“Kami memiliki tanggung jawab khusus kepada masyarakat dan juga kepada pemegang taruh. Bagi tugas individu pula, kami perlu mematuhi  peraturan dan undang-undang sementara memaksimumkan pulangan kepada pemegang taruh tanpa menjejaskan persekitaran dan juga komuniti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau teruja terhadap potensi MBSB untuk menjadi pemimpin dalam industri kewangan ini dan melihat pentingnya kerjasama antara sektor swasta, badan bukan kerajaan dan kerajaan untuk membangunkan sebuah ekosistem yang akan memberi impak positif bukan sekadar matlamat tetapi realiti.

Selain itu, Kumpulan MBSB berhasrat untuk berada di barisan hadapan dalam industri perbankan Islam di bawah pimpinan Ashraf, yang mana kemampanan bukan sekadar tambahan tetapi melalui strategi teras. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI