fbpx

Anwar jumpa pemimpin industri dan perniagaan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan perniagaan di New Delhi, India.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan perniagaan di New Delhi, India.

Katanya, sempena lawatan kerja rasmi ke India beliau berkesempatan berjumpa dengan beberapa pemimpin industri dan perniagaan di negara itu seperti Tata Consultancy Services, Emami Agrotech Ltd dan HCL Tech.

“Mereka telah memberikan maklum balas terkait urusan pelaburan serta minat untuk terus mengembangkan perniagaan di Malaysia.

“Mereka menyatakan sepenuh kepercayaan kepada Malaysia yang punyai dasar-dasar yang jelas serta mesra pelabur sekali gus, memudahkan urusan perniagaan di negara kita.

“Saya dan pasukan akan terus gigih mengadakan interaksi dengan para pelabur seperti ini untuk terus memberikan peluang yang besar buat negara kita bagi menarik lebih banyak pelaburan dari India, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI