fbpx

Anggota PGA parah dipukul di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mengalami kecederaan selepas dipukul ketika berada di sebuah premis di Sungai Golok, selatan Thailand pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan parah pada kepala.

Menurut sumber, mangsa dibantu oleh orang awam sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran.

“Mangsa merupakan anggota PGA yang bertugas di Tumpat dan menerima rawatan di Hospital Sungai Golok sebelum diserahkan kepada PGA di Rantau Panjang.

“Anggota itu dirawat di Hospital Tumpat sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini mengesahkan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

“Kes itu berlaku di luar sempadan negara dan kita hanya dapat tahu daripada PGA. Kes itu memang ada dan tindakan lanjut dibuat di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI