fbpx

61 termasuk pegawai terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi bergambar bersama penerima anugerah di IPK KL, hari ini. Foto oleh PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 61 individu termasuk enam Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis yang masih berkhidmat dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, 55 daripada jumlah itu merupakan pesara polis.

Katanya, anugerah itu diberikan kepada petugas-petugas polis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara.

“Ia bagi menghargai pengorbanan mereka semasa era darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960 dan Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia.

“Seterusnya, bagi mereka yang pernah bertugas di Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat,” ujarnya ketika sidang akhbar selepas Istiadat PJPN di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

“Penganugerahan ini juga merupakan salah satu bentuk penghargaan kepada mereka selain memupuk semangat juang yang tinggi dalam memotivasikan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis untuk meneruskan khidmat dengan lebih cemerlang.

“Pengurniaan pingat tersebut membuktikan jasa-jasa mereka menjadi ingatan dan tauladan untuk generasi pada hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI