fbpx

[VIDEO] Sultan Pahang sebak anakanda Tengku Afzan bakal kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Pahang tidak dapat menahan sebab tatkala menyampaikan titah mengenai perkahwinan Tengku Afzan.

PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak tatkala menyampaikan titah mengenai perkahwinan anakanda baginda, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangan, Fd Idzham Fd Iskandar.

Malah baginda terpaksa berhenti seketika dan titah itu kemudian disambung oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Anakanda saya yang amat mulia (diam sekejap)… minta maaf. Puteri Afzan dan pasangannya, Fd Izham akan berlangsung (perkahwinan) tidak lama lagi, dipermudah oleh Allah SWT.

“Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina… (baginda mengelap air mata dan menyambung ucapan) akan kekal… baca ni (baginda meminta Tengku Hassanal),” titah baginda hari ini.

Kemudian titah itu disambung oleh Tengku Hassanal.

“…akan kekal hingga ke jannah insya-Allah. Di samping itu marilah sama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus terpelihara dan dilindungi oleh Allah SWT.

“Mengakhiri titah, izinkan saya untuk menyampaikan dua rangkap pantun (Tengku Hassanal membaca pantun),” dan kemudian titah itu disambung kembali oleh Sultan Pahang.

Al-Sultan Abdullah juga sempat berseloroh mengenai jodoh kepada Tengku Hassanal.

“Dalam pada itu, kita doa jikalau ya yang… (sambil baginda menunjukkan kepada Tengku Hassanal) yang membaca tadi, anakanda saya akan tak lama jugalah, harap-haraplah.

“Saya dah semakin hari semakin tua. Sama dengan isteri saya, kita doa semua ya supaya anak-anak semua akan terus berbakti kepada negeri dan mencari jodoh yang solehah,” titah baginda.

Sultan Pahang bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan di Pahang.

Turut berlangsung ialah Majlis Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja Paduka Anakanda Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Pada 8 ogos lalu, Kosmo! melaporkan perkahwinan diraja yang diberi nama ‘Langit Cinta’ Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos bertempat di Tasek Kotasas. – KOSMO! ONLINE

@this.7_fanspage 20 Aug, 2024 Sg Isap 2, Kuantan cr : Live JAIP #tengkuhassanalshah #crownprince #tengkumahkotapahang #tengkuhassanalibrahimshah ♬ original sound – 7his

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI