fbpx

[VIDEO] ‘Saya risau dia nak culik anak akak je’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sikap berjaga-jaga seorang wanita menyelamatkannya daripada perbuatan jenayah dua orang lelaki ketika membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut perkongsian wanita tersebut di TikToknya @Afifah.ml, ketika menunggu suami pergi solat, tiba-tiba dia didatangi dua orang lelaki yang memakai pelitup muka.

“Tempat duduk di situ berbentuk bulat dan ruang banyak kosong tetapi dua lelaki itu menghampiri anak saya dan duduk sangat rapat.

“Selepas itu salah seorang daripada mereka duduk sangat rapat dengan saya sehingga berlanggar dengan belakang badan.

“Gerak-geri mereka sangat mencurigakan sedangkan tempat itu banyak kosong. Nasib baik saya pegang erat beg tangan dan telefon,” ceritanya.

Tambah wanita itu, dia dapat merasakan benda yang buruk berlaku jika tidak berhati-hati dan selepas itu membawa anaknya pergi dari situ.

Katanya, selepas dia bangun dari situ, mereka berdua juga beredar pergi dan memerhatinya dari jauh.

Pesannya, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan jangan leka main telefon.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata risau dan takut dengan kejadian itu.

“Semua tempat macam pusat beli-belah, lapangan terbang dan lain-lain kena hati-hati banyak jenayah terancang,” kata Lythra Beauty & Wellness.

“Saya risau dia nak culik anak akak je. Tolong jaga-jaga,” kata fifyghani.

Sementara itu, ada juga yang kongsikan pernah berdepan situasi yang sama dengan dua individu itu di pusat beli-belah tersebut.

“Lepas aku tengok video ni, baru aku ingat orang yang sama jugak duduk sebelah aku. Kerusi bulat ni jugak. Aku dengan anak aku. Tapi baby tengah tidur dalam kereta sorong bayi,” kata HidayahGA.- KOSMO! ONLINE

@afifah.mlBaru jadi tadi. Tolong hati2 guys aku shaking lagi ni nak post ni. Stay safe!

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI