SUBANG JAYA – Polis menembak mati seorang lelaki warga asing disyaki terbabit dalam beberapa kes samun di kawasan PJS, di sini, hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang tadi.
“Suspek ditembak mati oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Lelaki berkenaan dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati pasukan siasatan dan forensik berada di lokasi kejadian.-KOSMO! ONLINE