fbpx

[VIDEO] Guru, murid redah banjir kilat di Padang Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar guru dan murid meredah banjir kilat di SK Padang Jawa.

SHAH ALAM – Beberapa kawasan sekitar Padang Jawa di sini, dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan sejak pukul 4 petang tadi.

Berdasarkan perkongsian video yang tular di laman sosial, antara terjejas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa.

Ketinggian air pula adalah pada tahap pinggang di kalangan murid sekolah.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu menunjukkan pada guru memimpin dan menjaga keselamatan murid ketika mengharungi banjir kilat di pekarangan sekolah tersebut.

“Guru-guru berusaha gigih nak menyelamatkan murid-murid yang terlibat. Alhamdulillah .. semuanya berjalan lancar,” kata salah satu hantaran di Facebook berkaitan kejadian itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu 3, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid dalam hantaran di laman sosial sama menyatakan semua agensi akan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Banjir kilat di Padang Jawa. Semua agensi akan dikerahkan bagi atasi masalah berulang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI