fbpx

Tragedi perahu karam: Semua penumpang tidak pakai jaket keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Kim Shin berbual dengan ibu mangsa ketika meninjau lokasi tragedi perahu karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu sebentar tadi.

LUNDU – Tidak memakai jaket keselamatan antara punca tiga pelajar termasuk dua perempuan gagal menyelamatkan diri dalam tragedi perahu penambang karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit di sini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menyifatkan tragedi itu berlaku disebabkan oleh kecuaian pengendali perahu yang mengabaikan kepentingan penggunaan jaket keselamatan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, siasatan akan dilakukan secara terperinci dan mengambil tindakan bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa akan datang.

“Bukan di kampung ini sahaja, di tempat-tempat lain juga. Ini yang selalu kita tegaskan, banyak kempen keselamatan sudah kita jalankan di seluruh Sarawak.

“Janganlah apabila ada penguat kuasa, barulah mereka menggunakan jaket. Keselamatan itu adalah untuk diri sendiri, bukan sebab penguat kuasa,” katanya ketika ditemui selepas  meninjau lokasi kejadian sebentar tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.10 pagi itu, tiga pelajar hilang termasuk dua perempuan dilaporkan hilang selepas perahu tambang dinaiki mereka bersama 20 yang lain karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit.

Mangsa yang hilang berusia 14, 15 dan 17 tahun.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI