fbpx

Terlibat isu teknikal, pesawat MAS dari Melbourne ke KL dilencongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur (KL) terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs di Australia susulan terlibat masalah teknikal.

MAS dalam satu kenyataan berkata, pesawat Airbus 330-300 itu bagaimanapun selamat mendarat pada pukul 4.35 pagi waktu tempatan.

“MAS sedang giat berusaha menempah semula tiket penumpang bagi penerbangan baharu selain mengatur penginapan dan pembayaran balik untuk perbelanjaan makan penumpang.

“Kami kesal atas kesulitan yang disebabkan oleh kelewatan pemunggahan bagasi.

“Kami juga sedang bekerjasama dengan pengendali lapangan terbang untuk menangani had peralatan untuk pesawat berbadan lebar dan mempercepatkan proses penerbangan semula,” katanya hari ini.

MAS berkata, pasukannya akan menyelesaikan isu tersebut dengan kadar segera selain meminimumkan gangguan selanjutnya.

“MAS mengingatkan penumpang untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui ‘My Booking’ di laman web Malaysia Airlines’ bagi memastikan mereka menerima kemas kini tepat pada masanya melalui e-mel dan SMS,” katanya.

Sebelum ini, MAS turut mengesahkan kelewatan penerbangan pesawat MH165 dari Doha ke Kuala Lumpur hingga menjejaskan penerbangan yang dijadualkan antara Kuala Lumpur dan Doha.

Pada awal bulan ini, sebuah pesawat MAS iaitu MH156 yang dalam perjalanan dari KL ke Jeddah turut dilaporkan terpaksa berpatah balik susulan masalah teknikal.

Difahamkan, penerbangan tersebut membawa 259 jemaah di bawah dua agensi untuk melakukan ibadah umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI