fbpx

Takut tengok ombak kuat, penduduk lari keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengeluarkan air laut yang memasuki rumah mereka di Kampung Kuala Dulang Besar, Yan hari ini.

YAN – Fenomena air pasang besar di Kampung Kuala Dulang Besar, di sini tengah hari tadi mengakibatkan lima buah rumah berhampiran dimasuki air.

Penduduk, Suhaimi Ahmad, 57, berkata, fenomena air pasang besar kali ini disifatkan agak luar biasa dan pantas menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barang.

“Ketika kejadian saya bersama isteri (Masrupah Hassan) sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan bunyi ombak kuat.

“Dalam masa 10 minit, air laut dan selut masuk ke dalam rumah. Kami bergegas keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menurut peniaga itu, ia merupakan kejadian banjir kilat paling teruk akibat air pasang besar sejak menetap di kawasan tersebut 20 tahun lalu.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Fazam Abdul Rahim, 33, memberitahu, rumahnya berada di kawasan agak tinggi menyebabkan air sukar mausk, namun fenomena kali ini dianggap luar biasa.

“Ketika kejadian, saya dan isteri (Norsyamirah Shahril) berada di luar selepas berasa tidak sedap hati melihat paras air laut yang pasang dan semakin menghampiri rumah.

“Biasanya air pasang besar itu tidak melepasi benteng batu yang terletak di belakang rumah, tetapi kali ini ia menyebabkan banjir kilat,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Lt.(PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 1 tengah hari dan sebanyak lima buah rumah dilanda banjir kilat. Tiada kemalangan jiwa diterima setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI