fbpx

Sukma 2024: Johor dominasi hari kedua olahraga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUARTET 4X400m Johor turut memperbaharui rekod kejohanan ketika raih pingat emas dalam acara 4X400m di Stadium Sarawak, hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING: Kontinjen Johor mendominasi hari kedua acara olahraga yang berlangsung di Stadium Sarawak, hari ini dengan meraih tiga pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.

Pingat emas Johor disumbangkan oleh pelari 1,500 meter wanita, Geetha Sivaraja, lompat jauh (Nurkhaleesa Yasmin Awang) dan pasukan 4 x 400 meter lelaki.

Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor pula tetap mengekori rapat Johor, kesemuanya memperoleh dua pingat emas.

Paling mencuri perhatian pastinya menjurus kepada kejayaan luar biasa Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal yang mengesahkan status ratu pecut Sukma 2024 apabila menjuarai acara 200m.

Pingat emas Sarawak disumbangkan oleh atlet lempar cakera wanita, Pauline Ului, Wilayah Persekutuan juga menyerlahkan kualiti Kristian Tung yang menyumbangkan dua emas meerusi acara 1,500m dan 10,000.

Esok, lapan lagi pingat emas akan dipertandingkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI