fbpx

Semua orang disaran bermalas-malas hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki memakai kostum ayam berpura-pura tidur di atas katil semasa menyertai sambutan Hari Malas Sedunia di Itagui, Colombia semalam. - AFP

BOGOTA – Hari Malas Sedunia diraikan di seluruh dunia hari ini (20 Ogos) dengan orang ramai mencari pelbagai alasan untuk tidak melakukan apa-apa dan hanya duduk berehat, lapor laman berita UNN.

Sejarah sambutan itu bermula pada 20 Ogos 1984,  apabila perayaan perdagangan dan perindustrian berlangsung di sebuah bandar di Colombia. 

Pemilik perniagaan tempatan memberi pekerja mereka cuti satu hari dan menggalakkan mereka berseronok semasa cuti. 

Idea untuk mempunyai hari tambahan dengan tidak melakukan apa-apa diamalkan rakyat Colombia, manakala gerakan spontan untuk hak menjadi malas muncul di negara itu.

Idea untuk menyambut hari istimewa bagi melambangkan kemalasan itu kemudian secara beransur-ansur diamalkan di negara-negara  lain di serata dunia.

Di Amerika Syarikat pula, hari bermalas-malas kebangsaan disambut pada 10 haribulan Ogos setiap tahun.

Terdapat perkara seperti kemalasan bermusim iaitu apabila seseorang tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja pada masa-masa tertentu dalam setahun.

Laporan UNN turut menyebut bahawa orang lelaki adalah lima kali ganda lebih cenderung bersikap malas berbanding wanita.

Selain itu,  antara yang menjadi penyebab kemalasan di tempat kerja adalah arahan yang tidak bermakna atau tidak jelas daripada pihak pengurusan. 

Sementara itu, serang lelaki di Itagui, Colombia menyambut hari tersebut dengan memalaskan dirinya di atas katil sambil memakai kostum ayam.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI