fbpx

‘Seharian Aamir Khan cium pipi saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENCINTA filem Bollywood pasti tidak terlepas menyaksikan filem Hum Hain Rahi Pyar Ke yang menjadi antara naskhah ikonik sekitar 1993. 

Filem dibintangi Aamir Khan dan Juhi Chawla tersebut hakikatnya mempunyai kisah belakang tabir yang menjadi sebutan ramai hingga kini.

Menerusi naskhah berkenaan, Aamir berlakon sebagai Rahul Malhotra bercinta dengan Vyjayanthi lakonan Juhi Chawla yang ditemuinya di sebuah karnival.

Namun seorang lagi aktres lain yang menjadi tunangannya dalam filem tersebut iaitu Navneey Nishan mengakui Hum Hain Rahi Pyar Ke memberi impak besar terhadap kerjaya seninya.

Menurutnya, kejadian paling diingati di lokasi penggambaran adalah babak Amir mencium pipinya yang diulang sebanyak lapan kali.

“Ada satu babak yang penting tetapi sayangnya disunting (dihapus) selepas Aamir menyempurnakan babak mencium saya sebanyak lapan kali.

“Saya pun pulang ke rumah dan berkongsi momen tersebut dengan  teman-temanku bahawa seharian Aamir Khan mencium pipi saya,” katanya.

Hum Hain Rahi Pyar Ke meraih kutipan memberangsangkan bahkan kejayaan itu membolehkan  Juhi digelar ‘ratu box office’.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI