TIDAK habis-habis dengan kisah menjadi sasaran gengster di India, sumber terdekat mendakwa aktor Salman Khan sememangnya turut terbabit dalam dunia gelap.
Pelakon berusia 58 tahun itu dikatakan pernah melayangkan ancaman kepada beberapa rakan dalam industri hiburan atas sebab tertentu.
Walaupun bukan dilakukan secara langsung, Salman dikatakan menggunakan ahli kongsi gelap untuk menyampaikan amaran kerasnya. Antara aktor yang pernah berhadapan ancamannya adalah Viviek Oberoi mendakwa Salman ada memberi amaran keras terhadapnya.
Walaupun tidak mendedahkan nama, ramai tahu ketika itu (2003) Viviek bercinta dengan bekas kekasih Salman iaitu Aishwarya Rai yang membuat dua lelaki itu berseteru. Hubungan kedua-dua mereka dikatakan panas sampai sekarang walaupun selepas Aisywarya bertemu jodoh dengan Abhishek Bachchan.