fbpx

Rukun Negara bukan sekadar ideologi tetapi panduan rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saraswathy (belakang tengah) bergambar bersama johan pertandingan melukis mural rukun negara pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Melukis Mural Rukun Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 dan Pelancaran Program Arkib@Sekolah di SMK Putrajaya Presint 5 (1), hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Rukun Negara bukan sekadar ideologi, tetapi juga panduan yang harus dihayati dan diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Perpaduan, Saraswathy Kandasami berkata, bagi menyemarakkan perpaduan, penghayatan Rukun Negara perlu diterapkan lebih awal ke dalam sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, ia haruslah diterapkan seawal peringkat pra sekolah seperti di taska dan tadika sehingga ke peringkat pendidikan pengajian tinggi.

“Kerajaan dan rakyat perlu menjalankan peranan masing-masing untuk memupuk perpaduan nasional bagi mencerminkan realiti Malaysia berbilang kaum, pelbagai agama dan budaya.

“Pada masa sama, kerajaan dan rakyat perlu bersama-sama mendukung Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankannya kerana ia merangkumi kontrak sosial yang memberikan perlindungan untuk hak semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Melukis Mural Rukun Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 dan Pelancaran Program Arkib@Sekolah di SMK Putrajaya Presint (5) 1, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI