fbpx

Ramai tak ‘move on’ – M. Nasir sambung konsert Cipta, tiket terhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSULAN kejayaan versi pertama, M. Nasir meneruskan malam gemilang Konsert Datuk M. Nasir Cipta edisi ke-2 menjelang 12 Oktober depan.

KUALA LUMPUR – Semacam si jantan yang belum penat berkokok, ‘sifu’ muzik Malaysia, Datuk M. Nasir membuat kejutan dengan pengumuman kesinambungan Konsert M. Nasir Cipta 2 yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober depan.

Masih mengekalkan lokasi Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Konsert M. Nasir Cipta 2 akan meneruskan kegemilangan versi pertama Cipta 1 yang berlangsung dalam suasana luar biasa pada 10 Ogos lalu dengan catatan lebih 8,000 penonton.

Lebih utama, Cipta 2 anjuran ICON Entertainment juga impak permintaan banyak pihak yang belum puas dan tidak berkesempatan menyaksikan edisi pertama Cipta lebih seminggu lalu.

“Setelah mengambil kira semua maklum balas yang diberikan pemerhati seni, peminat tegar atau peminat muzik yang mengikuti perkembangan konsert M. Nasir Cipta, kami akan meneruskan konsert dengan konsep sama tetapi lebih banyak penambahbaikan,” ujar Iman Tang, selaku pengasas ICON Entertainment.

M. Nasir, 67, selaku tunjang konsert pula mengakui, penganjuran kali ini akan lebih bervariasi dan bertenaga berbanding versi terdahulu.Katanya, sebahagian besar daripada persembahan nanti akan diisi dengan lagu-lagu lain yang tidak dinyanyikan pada konsert Cipta 1.

“Ramai yang belum ‘move on’ jadi kita bawakan sekali lagi Cipta 2. Sebenarnya semasa konsert lagi saya sudah ada terfikirkan beberapa judul yang mungkin ada orang nak dengar tapi tidak sempat dinyanyikan ketika itu. Saya fikir pasti ada yang kedua.

“Saya harapkan persembahan Cipta akan lebih bertenaga dan memberi makna kepada semua,” katanya semasa majlis apresiasi media dan pengumuman istimewa bersama media di ibu kota pagi tadi.

Berbeza dengan penganjuran konsert pertama, Cipta 2 hanya menerima peminat tegar penghibur ‘hati emas’ itu dalam kapasiti yang cukup terhad, sebanyak 6,000 tempat duduk sahaja.

“Selain repoirtaire lagu yang tentu akan berbeza dengan sebelumnya, konset kali juga terhad kepada 6,000 penonton sahaja.

“Maka jika anda merupakan peminat tegar M.Nasir atau telah terlepas menyaksikan konsert-konsert beliau sebelum ini, Konsert Cipta 2 adalah momen terbaik untuk anda cipta dan simpan sebagai sejarah,” ujar Iman Tang lagi.

Tiket-tiket berharga RM238, RM338, RM458, RM488, RM528 dan RM588 akan dibuka untuk jualan secara online menerusi  www.ticket2u.com.my/mnasircipta2 bermulai 27 Ogos (Selasa) puku 2 petang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI