fbpx

Penyeludup lari tinggal 17 ekor lembu di tebing Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 17 ekor lembu seludup yang dirampas di tebing Sungai Golok dekat Tanah Merah semalam.- Foto DUA DIVISYEN

TANAH MERAH – Tiga penyeludup tidak sempat mengaut keuntungan hasil jualan sebanyak 17 ekor lembu bernilai RM85,000 apabila kegiatan mereka dikesan anggota tentera di tebing Sungai Golok, di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga lelaki itu didapati sedang menyeludup lembu di kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia dekat sempadan Malaysia-Thailand kira-kira pukul 7.30 malam.

Menurutnya, tiga suspek itu sempat melarikan diri dengan menyeberangi Sungai Golok ke arah Thailand sewaktu serbuan dijalankan.

“Mereka meninggalkan sebanyak 17 ekor lembu yang bernilai RM85,000 di kawasan sempadan negara kita.

“Sehubungan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Nibong di sini dan kesemua rampasan lembu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)” katanya.

Menurut kenyataan itu, kes tersebut disiasat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga.

Katanya, Tentera Darat Malaysia terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara selain tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI