fbpx

Gaji baharu menanti penjawat awam Selangor Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika merasmikan pelancaran Publisiti dan Penyertaan Awam Deraf Rancangan Tempatan MDSB hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SABAK BERNAM – Lebih 21,000 penjawat awam Selangor bakal menerima pelarasan gaji baharu pada Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sedang meneliti implikasi kewangannya termasuk keperluan peruntukan tambahan bagi membiayai saraan baharu kakitangan awam.

Katanya, jumlah dan kadar peratusan itu dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember ini dan 1 Januari 2026.

“Kita sedang kira impak tetapi kita memang sudah bersedia termasuk dengan peruntukan tambahan yang mungkin untuk membiayai peningkatannya. Siap-siap nanti kita umumkan, sebab bulan Disember, masih ada masa.

“Tetapi saya tetap akan laksanakan pada bulan Disember. Kadarnya kita akan ikut seperti diumumkan Perdana Menteri (termasuk tangga gaji dan penstrukturan semula seperti dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam),” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan pelancaran Publisiti dan Penyertaan Awam Deraf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 2035, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pelarasan gaji kakitangan awam Selangor akan dilaksanakan setelah kerajaan negeri mendapat pekeliling kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.

Malah Amirudin turut memaklumkan sebelum ini kadar kenaikan gaji penjawat awam itu bagaimanapun bergantung kepada rizab kewangan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI