fbpx

Pemenang panjat batang licin dapat hadiah ‘janda muda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTANDINGAN panjat batang pinang licin di Cianjur baru-baru ini. - Foto Tribun Jabar

JAKARTA – Seorang ‘janda muda’ menjadi rebutan para peserta pertandingan memanjat batang pokok pinang yang diadakan di Cianjur, Jawa Barat, lapor portal berita BanjarmasinPost semalam.

Seramai 27 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79, baru-baru ini.

Pemenang pertandingan itu perlu melintasi rintangan batang pohon pinang sepanjang 10 meter di tengah sebuah kolam.

Pertandingan yang menawarkan hadiah berupa seorang janda cantik itu kemudian menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, ‘janda muda’ tersebut sebenarnya ialah seorang lelaki yang disolek sebagai seorang wanita dan memakai kebaya merah.

“Janda cantik itu ialah seorang laki yang disolek sebagai perempuan dan disebut sebagai janda muda,” kata ketua penganjur, Haris Iskandar.

Bagi peserta yang pertama kali berjaya mendapatkan janda itu, dia juga akan mendapatkan wang tunai 250 ribu rupiah (RM70.84).

Bagaimanapun, dalam rakaman video itu, tidak ditunjukkan siapa pemenang bertuah itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI