fbpx

Pembantu kedai makan tidak datang kerja rupanya mati dalam rumah pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang memeriksa rumah Hanafi di Batu Enam, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Seorang pembantu kedai makan yang tiga hari tidak datang bekerja ditemui mati di rumah pusaka keluarganya di Baru Enam di sini malam tadi.

Mayat Hanafi Abu Bakar, 47, ditemukan anak saudaranya, Suhaizan Awang, 45, dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya pada pukul 7.45 malam.

Suhaizan berkata, pada mulanya, dia mengunjungi rumah bapa saudaranya untuk mengajak lelaki itu makan malam bersama.

“Saya memberanikan diri memasuki rumahnya setelah panggilan saya tidak bersahut.

“Bau busuk menusuk kuat dari arah bilik tidurnya yang agak gelap. Sebaik membuka lampu bilik, saya nampak bapa saudara dalam keadaan terlentang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Batu Enam di sini hari ini.

Suhaizan berkata, pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan bapa saudara saya (Hanafi) sudah meninggal dunia dipercayai sejak beberapa hari lalu.

“Dia yang menghidap penyakit diabetes dan pernah terkena tibi difahamkan tidak datang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran sejak Sabtu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat pembantu kedai makan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI