fbpx

Pedal minyak tersangkut punca treler rempuh rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang runtuh setelah dirempuh treler di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam pada semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Kejadian sebuah treler merempuh rumah di Taman Desa Bayanmas, di sini semalam dipercayai berpunca daripada masalah pedal minyak yang tersangkut di lantai kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu treler berusia 59 tahun itu dalam perjalanan dari sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Semasa menuruni jalan industri Bukit Kayu Hitam-Ladang Rakyat, pemandu mendapati pedal minyak tersangkut di lantai.

“Pemandu cuba untuk memberhentikan treler, namun gagal menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah rumah. Lelaki terbabit yang merupakan warga Thailand ditahan untuk siasatan lanjut,”
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, semasa rumah dirempuh, penghuni berada di dalam rumah tersebut dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan mengakibatkan kerosakan struktur bahagian depan rumah. Sebuah kereta dan motosikal milik mangsa mengalami kerosakan,” ujarnya.

Tambahnya, pemandu treler terbabit cedera di kepala dan mata.

“Ujian urin pemandu treler didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI