fbpx

Pandu kereta tanpa lesen memandu, Nabila Razali mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila berkata, pada hari kejadian kereta yang berdaftar bawah namanya dipandu ibu.

PETALING JAYA – Didenda atas kesalahan memandu kereta tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans, penyanyi Nabila Razali memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan pada Januari lalu.

Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 31, mengakui pacuan empat roda dipandu ibunya, Shamsidah Abdul Rahman, 58, merupakan kenderaan yang didaftar atas namanya.

“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan kepada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya turut terpalit.

“Saya akui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu.

“Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS),” katanya dalam sebuah kenyataan.

Selain itu, pelantun lagu Tangis itu berharap perkara tersebut dapat memberikan pengajaran kepadq orang lain.

“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan sahaja buat saya dan ibu tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

“Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” ujarnya.

Semalam, Nabila dan ibunya didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah kerana memandu kereta tanpa LKM dan perlindungan insurans.

Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI