fbpx

NFP pertingkatkan usaha perangi penipuan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (tengah) pada majlis pelancaran NFP di Bank Negara hari ini

KUALA LUMPUR – National Fraud Portal atau NFP bakal  melonjakkan usaha untuk memerangi penipuan dalam talian dengan mengubah proses Pusat Respons Scam Kebangsaan atau NSRC pada masa akan datang.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini kerana NRSC sebelum ini dikendalikan secara manual dan banyak memakan masa.

Sehubungan itu, beliau optimis bahawa  NGP akan menjadi peneraju platform automasi di rantau ini yang menyediakan akses selamat kepada pangkalan data penting untuk menyokong pencegahan penipuan serta memberi ahli NSRC keupayaan dinamik untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan. 

“Portal ini akan mengintegrasikan data transaksi kewangan dari pelbagai sumber bagi mengesan transaksi mencurigakan secara automatik dan memudahkan pengesahan oleh institusi terlibat. 

“Automasi ini mempercepatkan tindakan, mengurangkan masa pengesanan penipuan, dan mencegah kerugian lanjut.

“Tindak balas pantas adalah teras untuk menghalang dana yang dicuri daripada dikeluarkan dari sistem kewangan, justeru meningkatkan kemungkinan pemulangan,” katanya pada majlis pelancaran NFP di Sasana Kijang di sini hari ini.

Turut hadir Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah memberitahu, sejak peringkat rintis, NFD telah mengurangkan masa menjejaki transaksi penipuan hingga 75 peratus dan meningkatkan jumlah purata bulanan dana dibekukan  oleh institusi kewangan sebanyak 28 peratus atau RM4 juta. 

Tambah beliau, dengan penyertaan 16 institusi kewangan, manfaat portal ini dijangka terus meningkat, seiring dengan penambahbaikan berterusan dan lebih banyak penyertaan institusi kewangan.

“Portal ini juga disokong oleh akses kepada data berkaitan akaun keldai daripada seluruh industri kewangan,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI