fbpx

Nelayan jatuh sungai ketika menjala udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi SAR seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Kuala Sala, Yan petang semalam.

YAN – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjala udang di Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa, Ahmad Hashim, 71, yang beralamat di Kampung Seberang Kuala Sala, Kota Sarang Semut itu dipercayai dihanyutkan dan belum ditemui setakat ini.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 petang semalam sebelum laporan polis dibuat oleh nelayan yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian dan melihat mangsa terjatuh sebelum hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Yan serta Alor Setar.

“Pasukan bomba memulakan pencarian atas permukaan sungai sepanjang Sungai Kuala Sala menggunakan konsep pusingan bot di kawasan kejadian.

“Manakala tiga anggota pasukan APM melakukan selaman berdekatan lokasi terakhir mangsa dilihat tenggelam, ” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahnaz berkata, operasi pencarian mangsa diteruskan hari ini untuk mengesan mangsa yang masih hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI