fbpx

Nelayan hilang ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Ahmad ditemui di Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala di Yan pada petang tadi.

YAN – Seorang nelayan yang terjatuh ke dalam sungai ketika menjala udang di Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala di sini petang semalam ditemui mati lemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mayat mangsa , Ahmad Hashim, 71, ditemui pasukan mencari dan penyelamat pada pukul 3.45 petang tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak 1.6 kilometer tempat dia dipercayai terjatuh dan tersangkut di pokok hutan di tebing Sungai Kuala Sala oleh pasukan penyelamat dan orang awam.

“Kita terpaksa menggunakan bot kecil untuk membawa keluar mayat mangsa kerana lokasi penemuan itu agak sempit dan tidak boleh dilalui.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk proses pengecaman oleh waris sebelum bedah siasat dijalankan ,” katanya di sini hari ini.

Mangsa merupakan bapa kepada lapan orang anak dan tinggal berdekatan lokasi kejadian dikatakan sering menjala udang dan ikan di sepanjang Sungai Kuala Sala sebagai hobi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Ahmad dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika menjala udang di Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala dalam kejadian pukul 6 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI