fbpx

NASA temui objek ganjil ‘gergasi’ bergerak 1. 6 juta kilometer sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASA menemui objek ganjil yang bergerak terlalu laju. - Foto NASA/Balai Cerap WM Keck/Adam Makarenko

WASHINGTON – Sebuah objek kelajuan tinggi yang bergerak terlalu pantas melalui galaksi Bima Sakti ditemui Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), lapor portal berita MailOnline semalam.

Para saintis menyatakan objek misteri yang sebesar lebih 27,306 kali ganda dari Bumi itu bergerak selaju 1.60 juta kilometer sejam.

Mereka mengesannya ia sejauh lebih 400 tahun cahaya dari Bumi.

Satu tahun cahaya bersamaan dengan 9.65 trillion kilometer.

Walaupun pakar-pakar belum mengetahui apakah sebenarnya objek itu, mereka membuat spekulasi ia ialah sebuah bintang yang lebih besar daripada planet. 

Gabungan saintis pelbagai negara yang menyertai projek ‘Backyard Worlds: Planet 9’ anjuran NASA itu adalah yang pertama melihat objek tersebut tersebut.

“Apabila mula-mula melihat betapa pantasnya ia bergerak, saya yakin ia pasti sudah dilaporkan,” kata seorang saintis Jerman, Martin Kabatnik yang telah lama menyertai program itu dalam satu kenyataan. 

Sebelum ini, dua saintis program tersebut Thomas P. Bickle dan Dan Caselden adalah yang pertama melihat objek itu beberapa tahun lalu sebelum ia dikatalogkan sebagai CWISE J124909.08+362116.0. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI