fbpx

Muhammad Fitri dilaporkan hilang sejak Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fitri Mohd Kamarul dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang lelaki berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Blok F, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Ara Damansara, di sini, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu pada pukul 11.04 malam, Sabtu lalu.

Katanya, kehilangan Muhammad Fitri Mohd Kamarul berlaku selepas lelaki tempatan itu keluar daripada kediamannya.

“Orang Hilang (OH) mempunyai berketinggian kira-kira 165 sentimeter (sm) dengan berat kira-kira 116 kilogram (kg), berkulit coklat, rambut hitam serta pendek.

“Hidung OH pula lebar, mata berwarna hitam dan bibir mulut nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-78062222.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI