fbpx

Budak dua tahun mangsa ketiga pembunuhan bapa dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui terdampar oleh orang awam yang berada di pantai itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

ALOR SETAR – Mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang menjadi mangsa bunuh bapa kandungnya dijumpai di Pantai Leman, Kuala Kedah di sini.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat mangsa ditemukan terdampar oleh orang awam di pantai itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Katanya, keadaan fizikal kanak-kanak itu sempurna, namun terdapat kesan kelar pada bahagian leher.

Kecederaan kelar itu serupa dengan yang dialami dua beranak perempuan berusia 34 dan 10 tahun di dalam longkang dii lokasi berasingan semalam.

“Walau bagaimanapun kita sedang membuat pengesahan identiti mayat terbabit, namun berdasarkan siasatan kita tidak menolak kemungkinan mangsa adalah anak bongsu suspek yang dibunuh pada Ahad lalu,” katanya.

Menurut beliau, suspek mempunyai tiga anak. Seorang daripada mereka sebelum ini belum ditemui dipercayai dibuang ke dalam longkang di Jalan Pegawai kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian sebelum hanyut ke laut.

Terdahulu, polis menahan lelaki asing susulan penemuan mayat dua beranak di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala, Jalan Sultan Abdul Halim petang semalam.

Suspek berusia 43 tahun itu diberkas di sebuah masjid di Bukit Pinang, di sini pada pukul 9.05 malam tadi bersama anak lelaki berusia lima tahun yang dijumpai selamat, namun mengalami trauma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI