fbpx

‘Malaysia sokong usaha gencatan senjata, sidang tergempar OIC’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar. - Foto FACEBOOK

PETALING JAYA – Kerajaan menyokong penuh usaha merealisasikan gencatan senjata dan perdamaian berpanjangan di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia juga sewajarnya dipelopori oleh negara-negara penting termasuk Turkiye, Qatar dan Iran.

Jelas beliau, sokongan itu termasuk cadangan Turkiye untuk menghimpunkan pimpinan dunia Islam menerusi sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Perkara itu dinyatakan oleh Anwar kepada
Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian dan ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim, ketika menghubungi mereka sebelum berlepas ke India, lewat petang semalam.

“Himpunan itu bertujuan menyelaras gerakan dan mengenakan tekanan lebih hebat terhadap Amerika Syarikat serta sekutunya, supaya mendesak rejim Zionis Israel segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza.

“Alhamdulillah, Kerajaan Iran dan Hamas senada dan menyokong inisiatif ini, termasuk cadangan menjemput negara bukan Islam yang turut mendukung keadilan dan memperjuangkan hak kemanusiaan buat rakyat Palestin seperti Afrika Selatan, Brazil, Sepanyol, Ireland dan Portugal,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada masa sama katanya, beliau bersama Dr Masoud dan Dr Basem turut bersetuju bahawa usaha mewujudkan perdamaian itu perlu dimulakan dengan rejim Israel menghentikan sepenuhnya serangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI