fbpx

Malaysia berhubung rapat negara ASEAN pantau jangkitan mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman (empat dari kanan) ketika merasmikan 34th Malaysia-Thailand Border Health Scientific Conference di Batu Feringghi, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan kini berhubung rapat dengan negara Asean bagi memantau situasi jangkitan mpox atau cacar monyet di negara-negara berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, semua agensi terlibat juga memantau dengan rapi pintu-pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan kesihatan semua pihak.

“Kita sedang berhubung dengan semua negara Asean terutama sekali, dan juga kita memang mengawal sepenuhnya pintu masuk serta memantau jangkitan yang sedang berlaku di negara jiran.

“Setakat ini, kita tidak mempunyai sebarang halangan (untuk keluar-masuk ke negara ini) buat masa ini.

“Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh KKM, dan kita telah menyediakan panduan, terutama sekali kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk merawat mpox,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Lukanisman merasmikan 34th Malaysia-Thailand Border Health Scientific Conference. Yang turut hadir, Penyelia Kesihatan Wilayah 12, Kementerian Kesihatan Awam, Thailand, Dr. Sombat Phadungvitvatthana.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, kerajaan juga memantau rapi situasi jangkitan di Eropah dan akan mengemas kini maklumat mengenainya kepada orang ramai dari semasa ke semasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI