fbpx

Longkang tersumbat punca SK Padang Jawa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sampah yang memenuhi longkang di SK Padang Jawa.

SHAH ALAM – Longkang tersumbat dengan sampah sarap menjadi punca kejadian banjir kilat di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Nazmi Halil berkata, pihaknya hadir ke sekolah tersebut kita-kira 5.07 petang semasa pemantauan banjir ekoran daripada hujan yang agak lebat dan berterusan.

Katanya, seramai enam anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan paras air di lokasi itu adalah 0.4 meter.

“Hasil pemeriksaan mendapati banjir kilat di kawasan sekolah tersebut kesan dari longkang tersumbat dengan sampah.

“Anggota kemudiannya melakukannya pembersihan pada laluan longkang sehingga laluan keluar air berfungsi sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, operasi dan pemantauan di lokasi kejadian mengambil masa selama 30 minit dengan air surut sepenuhnya.

“Anggota kemudiannya membantu membersihkan sekitar kawasan sekolah tersebut,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan beberapa kawasan sekitar Padang Jawa di sini, dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan sejak pukul 4 petang tadi.

Situasi tersebut menyebabkan SK Padang Jawa terjejas dengan ketinggian air pula adalah pada tahap pinggang di kalangan murid sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI