fbpx

8 PATI dicekup tidak sempat kerja di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan orang PATI warganegara Indonesia dan seorang lelaki tempatang yang ditahan oleh Maritim Malaysia di Kuala Sungai Sanglang, di Pontian, Johor, disini, pagi semalam.

PONTIAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tekong darat di Kuala Sungai Sanglang, di sini pagi semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Kama Azri Kamil berkata, mereka yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 24 hingga 60 tahun itu ditahan pukul 8.10 pagi pada kedudukan 7.3 batu nautika timur laut Pulau Pisang.

“Pihak kami mengesan sebuah bot memasuki perairan Johor dalam keadaan mencurigakan. Ketika dihampiri, bot itu memecut laju ke kawasan air cetek di Kuala Sungai Sanglang.

“ Berdasarkan maklumat, pasukan darat diatur gerak ke lokasi dan menahan lapan PATI dan seorang warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mereka yang merupakan warga Indonesia dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63.

Lelaki tempatan berusia 48 iaitu tekong disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anta Penyeludupan Migran 2007,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI