fbpx

‘Kenapa ibu panggil polis tangkap saya?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pae dikatakan sering bersikap agresif dan menuduh ibunya tidak membahagikan harta pusaka secara adil. - Khaosod

BANGKOK – Seorang lelaki di Mueang, wilayah Udon Thani mengamuk sambil membawa pisau selepas menuduh ibunya tidak membahagikan harta pusaka secara adil, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian semalam, lelaki dikenali sebagai Pae itu berada dalam keadaan tidak terurus, tidak berbaju dan bergaduh dengan ahli keluarganya.

Sebuah rakaman video menunjukkan suspek menunggang motosikal sebelum cuba merempuh lelaki dipercayai abang iparnya.

Saksi melaporkan bahawa suspek kemudian bertengkar dengan kakaknya. Dia turut menendang pasu bunga dan membaling batu ke arah kakak dan abang iparnya. 

Ibu suspek cuba campur tangan dalam adegan itu dan cuba menenangkannya. Namun, suspek mengambil pisau dan mengugut saudara-maranya, menyebabkan mereka melarikan diri.

Selepas ditahan, suspek meronta-ronta di dalam kenderaan polis dan menuduh ibunya tidak menyayanginya. 

“Ibu, adakah ibu tidak sayangkan saya? Kenapa tak cakap sahaja? Kenapa ibu panggil polis untuk tangkap saya? 

“Tolong (polis) faham keadaan saya. Saya terluka dengan keadaan ini. Ibu tidak menyayangi saya tetapi saya masih mempunyai bapa. Tolong beritahu dia (bapa) untuk membantu saya,” kata suspek kepada polis.

Menurut ibunya, Pae menunjukkan tingkah laku tidak menentu sejak empat hingga lima bulan lalu, berkemungkinan disebabkan penyalahgunaan dadah. 

Wanita tersebut menjelaskan bahawa sikap agresif anaknya itu kebiasaannya melibatkan tuduhan mengenai harta pusaka keluarga.

Pae juga sering menuduh ibunya mahu memberikan segala harta kepada kakak dan abang iparnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI