fbpx

Keracunan makanan: Kantin sekolah asrama penuh diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memeriksa kantin sebuah SBP di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kantin sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di daerah ini diarah tutup selama 14 hari berikutan kes keracunan makanan membabitkan 32 pelajar minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pemeriksaan ke atas premis itu dilakukan mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kerja-kerja pembersihan akan dilakukan di kantin sepanjang tempoh penutupan tersebut. Ia bagi memutuskan rantaian keracunan makanan,” katanya hari ini.

Kasemani berkata, kes keracunan makanan terbaharu dilaporkan pada 15 Ogos lalu itu membabitkan 32 pelajar tingkatan satu hingga lima di SBP berkenaan.

Dua pelajar dimasukkan ke hospital, manakala bakinya menerima rawatan sebagai pesakit luar selepas dipercayai memakan telur goreng tercemar.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan tiga kes keracunan makanan dilaporkan berlaku di sebuah SBP terkenal Terengganu dalam tempoh dua bulan termasuk kes terbaharu direkodkan pada Khamis minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI