fbpx

Jenazah Istiqomah selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusof menyiram air di kubur arwah isterinya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar, Bandar Pasir Mas dekat Pasir Mas sebentar tadi. FOTO ROHANA ISMAIL/KOSMO!

PASIR MAS – Jenazah allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar, Bandar Pasir Mas kira-kira pukul 11.50 malam tadi.

Terdahulu, jenazah dituntut suaminya, Mohd Yusof Mohktar, 35, di Unit Forensik Hospital Melaka kira-kira pukul 11.45 pagi sebelum bertolak ke Kelantan pada pukul 2.10 petang.

Jenazah tiba di kediaman keluarganya pada pukul 10.25 malam dan disembahyangkan oleh ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung.

Suasana hiba di tanah perkuburan apabila suaminya, Mohd. Yusoff kelihatan menahan sebak sebaik jenazah dikebumikan sambil memeluk anak sulungnya.

Mohd. Yusof berkata, dia bersyukur jenazah arwah isterinya selamat dikebumikan.

“Syukur Allah SWT permudah segala urusan. Saya reda di atas pemergiannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI