fbpx

Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusof mendoakan yang baik-baik buat anaknya Syamsul dan menantu, Ira Kazar.

KUALA LUMPUR – Pengarah Datuk Yusof Haslam menafikan dakwaan sebilangan pihak mengatakan dia dan isteri iaitu Datin Patimah Ismail bergembira dengan berita perceraian Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.

Yusof, 70, memberitahu, sebagai orang tua dia sekeluarga mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak.

“Sebagai mak ayah saya doakan yang terbaik buat anak.

“Khalayak jangan salah faham mengatakan kami sekeluarga gembira mendengar berita itu (perceraian). Saya percaya setiap apa yang berlaku ada sebab mengapa Allah tentukan.

“Sejujurnya saya dan isteri terkejut mendengar berita perceraian itu,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Yusof memaklumkan dia tidak menyimpan harapan agar Puteri Sarah Liyana kembali bergelar isteri kepada Syamsul.

“Semalam Puteri Sarah ada datang berjumpa saya dan isteri. Reda sahaja.

“Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuannya atau sebaliknya. Itu bukan urusan kita. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri. Biar mereka tentukan.

“Saya cuma mengharapkan dan mendoakan yang terbaik untuk semua pihak,” katanya.

Semalam, nama Syamsul hangat diperkatakan selepas memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Isnin.

Perceraian itu dikatakan berlaku disebabkan tiada kesefahaman.

Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga dia dan isteri diperkatakan sejak Oktober tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara itu.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI