fbpx

‘Itu kes peluru tabur, bukan mpox’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej tular pada aplikasi WhatsApp kononnya berkait kes mpox.

PETALING JAYA – Satu imej tular pada aplikasi WhatsApp kononnya berkait kes jangkitan mpox atau cacar monyet namun sebenarnya ia adalah kecederaan berkaitan peluru tabur yang berlaku di luar negara pada 2022.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran pada Facebook berhubung imej tular tersebut.

“Pihak KKM telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

“Imej yang ditularkan bukan imej kes mpox, tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

“Usah terperdaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau ‘groupchat’ yang lain,” menurut hantaran itu malam ini.

Dalam pada itu, KKM meminta orang ramai merujuk sumber rasmi kementerian melalui platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI