REMBAU- Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang oleh isterinya di daerah sini sejak sembilan hari lalu.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata,lelaki berkenaan Mohd Ridzlan Ahmad tinggal di Kampung Masjid Lama, Batu Hampar di sini keluar rumah pada 12 Ogos lalu.
Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan lelaki tersebut pada 16 Ogos lalu yang mana ciri-ciri fizikal OH tersebut berketinggian 160 sentimeter, berambut pendek dan kemas berwarna hitam serta berkulit cerah.
“Dia mempunyai penyakit kulit vitiligo. Kali terakhir isterinya melihat suaminya itu di hentian bas Rembau selepas diminta dihantar ke lokasi berkenaan untuk menemani rakannya ke Kelantan,”katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Shaik lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Mohd Rizdlan atau berkaitan diminta menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.
“Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat kes SM Saawal Alias ditalian 013-6077326 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE