fbpx

Indonesia, Australia meterai pakatan pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOKOWI dan Prabowo memeriksa kemajuan pembinaan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di wilayah Kalimantan Timur pada 12 Ogos lalu. – AFP

CANBERRA –  Canberra dan Nusantara memeterai perjanjian pertahanan baharu hari ini yang menjanjikan kerjasama lebih rapat di rantau Asia-Pasifik ketika pemimpin Indonesia berkenaan  bersiap sedia untuk mengambil alih teraju pemerintahan.

Pakatan merangkumi peruntukan untuk latihan bersama dan penempatan tentera itu didedahkan semasa lawatan Prabowo ke Canberra sebagai menteri pertahanan dan Presiden yang dipilih rakyat.

Bercakap selepas bertemu Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, Prabowo berkata, perjanjian pertahanan itu mewakili ‘hasil yang sangat baik’ dan akan memberi  manfaat kepada kedua-dua negara di masa hadapan”.

Selain pertahanan, Prabowo menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Australia dalam bidang ekonomi, pertanian, keselamatan makanan di samping membanteras pengedaran dadah antarabangsa.

“Kami ingin melihat lebih banyak penyertaan Australia dalam sektor ekonomi kami.

“Saya berazam untuk meneruskan hubungan jiran yang baik ini dengan  Australia memainkan peranan yang sangat penting untuk kami,” kata Prabowo kepada pemberita di Bangunan Parlimen Australia.

Sejak menang pilihan raya Presiden pada Februari lalu, bekas komander pasukan khas itu juga melawat China dan Jepun serta  menunjukkan minat lebih mendalam dalam hal ehwal luar berbanding Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Semasa memegang jawatan selama sedekad, Jokowi tidak pernah menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, jarang bercakap dalam bahasa asing dan kerap dikritik  kerana tidak berminat dalam hal ehwal luar negara.

Hari ini, Prabowo berkata,  beliau mahu mengikuti ‘dasar am’ Jokowi tetapi turut menjalin hubungan lebih erat bersama Canberra.

“Prabowo lebih berminat dalam hal ehwal antarabangsa,” kata pakar hal ehwal luar Universiti Kebangsaan Australia,  Greg Raymond. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI