fbpx

Individu pertengahan umur paling banyak pinjam bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berjalan di hadapan sebuah cawangan bank di Raffles Place, Singapura pada 10 Ogos 2023. - AFP

SINGAPURA  – Satu laporan mendapati bahawa permohonan pinjaman daripada penduduk pertengahan usia (40 hingga 59 tahun) di Singapura meningkat sebanyak 28 peratus sejak dua tahun lepas, lapor laman berita Today Online kelmarin.

Purata jumlah  pinjaman yang dipohon oleh kumpulan tersebut adalah kira-kira SG$22,000 (RM73,478).

Kelompok berkenaan juga menyumbang kira-kira satu pertiga daripada permohonan pinjaman di negara itu.

Walaupun tidak memberikan angka sebenar berikutan sensitiviti komersial, seorang jurucakap firma broker kewangan Lendela berkata, angka itu berdasarkan hampir 200,000 permohonan daripada warga Singapura dan penduduk tetap yang dikumpulkan dari tahun 2022 hingga 2024.

Pengurus Negara Singapura bagi platform itu, Bryan Tay berkata, mereka melihat peningkatan beransur-ansur tetapi konsisten dalam permohonan pinjaman, terutamanya dalam kalangan warga Singapura pertengahan umur.

Malah, laporan itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam bahagian permohonan daripada peminjam berpendapatan sederhana. 

Ia terdiri daripada mereka yang memperoleh pendapatan antara SG$48,000 (RM160,332) hingga SG$84,000 (RM280,581) setahun.

Dalam masa sama, terdapat peningkatan 64 peratus dalam bahagian permohonan daripada peminjam berpendapatan sederhana hingga tinggi iaitu mereka yang berpendapatan melebihi SG$84,000 setahun.

“Jika dilihat lebih dekat, kami melihat peningkatan ini berakar umbi dengan peningkatan kos kerana sebab paling biasa untuk meminjam dikaitkan dengan kos sara hidup dan hutang, “ kata Bryan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI