fbpx

Ibu dan anak perempuan mati dikelar, suami ditahan di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua beranak dibawa ke Jabatan Forensik HSB di Alor Setar untuk bedah siasat. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Polis mengesahkan dua mayat yang ditemui di dalam longkang belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini petang tadi adalah seorang wanita dewasa dan anak perempuannya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Salawati Saad berkata, dua mangsa yang masing-masing berusia 34 dan 10 tahun itu ditemui dengan kesan kelar pada leher.

“Mayat dua beranak dipercayai warga asing ditemui orang awam yang kemudian menghubungi polis pada pukul 5.40 petang tadi.

“Kedua-dua mangsa ditemui di dalam longkang kecil tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Satu mayat didapati dalam keadaan terlentang dan satu lagi tertiarap,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, berdasarkan risikan pantas polis, seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun yang merupakan suami kepada mangsa berjaya ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang, di sini pada pukul 9 malam tadi.

“Tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar pada esok bagi tujuan permohonan reman untuk meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.

Menurutnya, mayat dua beranak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk bedah siasat.

Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua mayat ditemui dengan kesan kecederaan di dalam longkang belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, petang tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI